B-SWAN FED NONI - (pengenalan)













B-SWAN FED Noni
Enzime di kenali sebagai penyembuh dan antiseptik tradisional. Ia dapat menyembuhkan luka dalaman. Ciri-ciribakterianya pula dapat membentu melindungi daripada kerosakan jantung serta sistem penghadaman. Ia juga turut mengandungi SELENIUM, merupakan salah satu ANTI OKSODA yang terbaik serta mengandungi banyak 'PHYTONUTRIENTS', memberikan perlindungan terhadap radikal-radikal bebas yang terhakis di bahagian dalam dan luar badan. Ini akan melambatkan proses penuaan. Fungsi lain ialah bertindak sebagai agen ANTI RADANG DAN ANTI HISTAMIN, merencatkan fungsi PRE-KENSER dan pertumbuhan tumor kanser, mengawal tekanan darah tinggi, membersih dan melancarkan pengaliran darah, meningkatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan, membuang angin yang tidak diperlukan dalam badan serta meningkatkan tenaga.

Pengenalan Buah Mengkudu

Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Ia telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.

Buah mengkudu juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji).

Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang biasa di jumpai dikawasan tropika. Mengkudu, secara amnya boleh dikategorikan kepada dua jenis yang biasa dilihat iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Ia juga boleh dikategorikan kepada berbiji dan tidak berbiji namun yang tidak berbiji agak sukar ditemui.Di barat mengkudu dipanggil queen of morinda, ia juga di panggil cheese fruit kerana baunya yang menyerupai bau keju setelah masak. Ada yang mengatakan bau buah mengkudu masak menyerupai bau muntah.Mengkudu termasuk dalam golongan pokok saka dan boleh mencapai ketinggian antara 15-20 kaki.Kayunya mudah dibelah setelah kering dan biasa dijadikan kayu api atau bahan bakar.Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal.Pucuk mudanya biasa dijadikan sayuran atau ulaman.Ia kaya dengan vitamin A.Bunganya pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Bunganya mempunyai dua jantina iaitu jantan dan betina.Buahnya bulat sebesar telur ayam, permukaannya agak berkerutu. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih. Bijinya berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan.Ia akan bercambah setelah 3-9 minggu disemai.Ia akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.Noni mula di komersialkan di Hawaii pada tahun 1993 setelah para saintis membuat kajian mengenai khasiat perubatannya.

Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan dikepulauan pasifik selatan, kemudian di China dan India.Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua oleh tentera yang berada di kepulauan Polenisia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan.Dikepulauan carribean mengkudu dikenali sebagai 'pain killer tree' dan ia digunakan untuk meredakan kesakitan akibat demam, bengkak dan terseliuh. di Myanmar pula, buah yang masih mudah dijadikan gulai manakala yang telah masak dimakan bersama garam.Di malaysia mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing tidak lawas), senggugut dan pendarahan. Daun mengkudu juga biasa dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas bersalin untuk memulihkan kecergasan badan. Daunnya biasa dijadikan alas batu tungku, dikatakan dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas bersalin.Kajian yang dilakukan oleh seorang ahli botani yang terkenal iaitu Dr Isabella abbof mendapati mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah diabetes dan penyakit barah serta tekanan darah tinggi.Sementara itu seorang ahli kimia , Dr. Joseph Bafz pula mendapati mengkudu dapat mencegah dan melegakan asma, hay fever dan rheumatis. Pengambilan jus mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk dan juga melambatkan proses penuaan.Cara penggunaan asas buah mengkudu ialah dengan cara mengisar buahnya menjadi jus (untuk di minum) untuk kegunaan luaran pula, buahnya akan disapu pada bahagian yang terlibat.60 % dari kandungan jus mengkudu terdiri dari air menyebabkan ia selamat diminum pada bila-bila masa.Walaupun begitu, mengkudu akan merendahkan kandungan glukosa dalam darah, untuk pesakit diabetes yang mengambil insulin, kandungan glukosa dalam darah perlu dipantau selalu kerana jika kandungan gula dalam darah terlalu rendah ia akan mengakibatkan hipoglisomia yang akan menyebabkan pesakit berada dalam keadaan khayal yang memerbahayakan.



Free advertising

Khasiat Mengkudu / NONI

Buah mengkudu mengandungi 12 kandungan penting seperti proxironine, asid kaproid, asid kaprilik, minyak penting, B-D-glucopiranose pentaacetate-2, asperuloside tetra acetate, glucose, Asid ascorbik(vitamin C) dan damnacanthol. Beberapa jenis kandungan ini boleh bertindak sebagai anti-bakteri melawan Escherichia coli, Salmonrlla typhi, Shigella paradysenteriac dan Staphylococcuss aureus. Buah mengkudu boleh memulihkan sistem penghadaman dan ini dapat membantu dalam memulihkan penyakit "hemorrhoidsm", hidung tersumbat dan "cerebral hemorrhage". Ia dapat juga membantu untuk meredakan "embolishsm" dan membantu untuk melancarkan aliran darah yang mugkin disebabkan ketulan-ketulan darah(ketulan darah ini terdapat dalam saluran darah dan mengurangkan perjalanan darah). Mengkudu juga bertindak sebagai" anti-oxidant" yang sangat baik. Kandungan yang paling penting dalam buah mengkudu adalah proxeronine. Proxeronine ini akan membentuk Xeronine apabila dimakan dan Xeronine ini boleh membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah. Salah satu unsur penting dalam mengudu ialah Damnacanthol yang boleh bertindak sebagai anti-virus dan anti-tumor yang boleh bertindak keatas beberapa jenis barah paru-paru. Beberapa kajian klinikal menunjukan mengkudu dapat menolong masalah penyakit buah pinggang yang teruk. Ia juga menunjukkan sifat "anti-inflammatory" yang boleh membantu dalam merawat "arthritis". Dalam percubaan keatas tikus, berat badan, kesuburan sel darah putih dan kekuatan berenang bertambah setelah diberi jus mengkudu. Secara umunnya, buah mengkudu boleh membantu dalam penyakit dibawah. Semua penyakit-penyakit yang dicadangkan disini mungkin tidak memberi kesan yang sama:-

Tekanan Darah tinggi
Barah
Penyakit Jantung
Kencing Manis
Masalah Seksual
Lemah badan
Berat badan berlebihan(Kegemukan)
Masalah buah pinggang
Fikiran serabut
Alahan seperti alahan daripada makan udang dan ketam
Arthiritis
Masalah penghadaman
Angin Ahmar
Masalah tidur
Ketagihan merokok
Masalah Penafasan
Kurang Tenaga
Batuk
Cacing
Gout
Asma
Resdong
Gastrik
Tumor
Luka Kecil
Kelimumur
Kebengkakan
Keracunan Makanan


Borang Pesanan

Nama *
Alamat *
Poskod *
Negeri *
E-mail Address: *
No.Tel / Hp *
ProdukNONI ENZIME 10ml - RM40 (Pek Percubaan)
FED NONI ENZIME 50ml - RM180
NONI HAIR BLACK MAGIC RM20/peket
NONI HAIR BLACK MAGIC (1 Kotak)
Kaedah pembayaran *

* RequiredContact Forms For Your Site

Diabetes

Adakah anda mahu tunggu setelah ia menjadi begini...cegah dahulu sebelum terlambat













APAKAH DIABETES?
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini kerana, pankreas tidak boleh menghasilkan insulin atau badan tidak bertindak balas terhadap insulin.

APAKAH INSULIN?
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang terletak dibawah perut. Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga.

APAKAH KAITAN KALORI DAN DIABETES?
Badan kita memerlukan tenaga (kalori) untuk menjalankan tugas seharian. Makanan berkalori (kanji, gula) atau berkalori tinggi (lemak) ditukar kepada gula ringkas (glukos). Glukos masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.

KENAPA PERLU INSULIN?
Tanpa insulin, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah akan menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis.

DIABETES JENIS I
Keadaan dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin. Sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Pesakit perlu bergantung kepada pengambilan insulin melalui suntikan setiap hari untuk terus hidup.

DIABETES JENIS II
Kegagalan metabolisme badan disebabkan ketidakupayaan badan bertindakbalas terhadap insulin. Lebih 90% penghidap diabetes menghidap jenis ini. Risiko meningkat dengan peningkat usia.

SIAPA BAKAL PENGHIDAP KENCING MANIS?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis atau sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Itu Ini (Bila sihat dan Bila sakit)

ayat ini biasa didengari dan ia merupakan ayat standard yang biasa digunakan oleh segelintir pihak :

Dikala Waktu sihat :

Peniaga : "Abang/akak mai beli noni ni?bagus untuk kesihatan..100% mengkudu takde campuran bahan kimia lain.kita pun tahu khasiat mengkudu.terbukti sejak zaman nenek moyang kita.Rm40 ja untuk sebotol."

Pembeli : "RM40?! mahalnya! sapa nak beli...pegi KFC @ barang lain lagi bagus.."

Dikala Waktu sakit :

Peniaga : Bos..beli ini produk bagus woo..lu sakit apa,kencing manis,darah tinggi dll ini penapis boleh kontrol punya..jgn takut..beli satu percuma satu..murah saja boss..RM1000 saja.wa guranti pasti ok punya..

Waktu sakit : RM1000? epss..mahalnya(dalam hati) Takpa la saya cuba, mana tau yang ni berkesan... ubat yang beli minggu lepas tu cam tak respon je...burn je la.. baru RM300..

Toplist of Arts, Blogs, Business, Computers,  Health,  Science, Society, Sports websites

Thursday, June 18, 2009

PRODUK TERBAIK UNTUK RAMBUT HITAM ANGGUN BERSERI & WAJAH TAMPAK MUDA


***Menakjubkan..!!!!***

Keajaiban Syampu Hitam Rambut (NONI- Black Hair Magic)
Menghitamkan rambut anda bila-bila masa dan memastikan anda kelihatan anggun & berseri. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat usia, TIDAK KIRA LELAKI ATAU WANITA. Ia juga menghilangkan kelemumur membuatkan kepala anda bebas dari kegatalan. Produk ini juga telah mendapat kelulusan sijil halal dan selamat digunakan.

Bahan-bahan dan keberkesanan:

1. Diperbuat daripada tumbuhan herba (MENGKUDU) sebagai bahan kesihatan rambut.
Intipati: Intipati semula jadi
tulen daripada Polygonum multiflorum Thunb, ginseng, dan sebagainya, keberkesanan terbukti 6kali ganda dari syampu hitam rambut lain dalam pasaran

2, Sungguh mudah digunakan, keberkesanan hitam segera selepas penggunaan ringan: Hanya perlu 7-minit untuk menghitamkan rambut anda secara semulajadi, bila-bila dan di mana jua. Ia memastikan kehitaman rambut anda terserlah dari akar ke bahagian terakhir rambut.

3, Satu gabungan sempurna dengan ciri-ciri penghitaman rambut, seumpama vitamin dan perapi rambut. Kini anda boleh tampil dengan lebih yakin tanpa uban dan kelemumur.

Cara Penggunaan :-
1. Memakai sepasang sarung tangan (bahagian akhir kuku anda akan menjadi kelabu oleh bahan aktif tumbuhan semulajadi, tetapi tidak menjejaskan kesihatan sama sekali)

2. Basuh rambut anda yang berminyak & keringkan, kemudian lembapkan sedikit rambut.

3. Ratakan syampu ke seluruh rambut seperti penggunaan syampu biasa dengan membenarkan syampu sampai ke akar rambut. Biarkan selama 7-10 minit.

4. Kemudian, bilas rambut anda sehingga bersih dan sikat rambut seperti biasa. Hasilnya, rambut hitam yang anggun dan wajah tampak muda berseri.

Harga Sepeket : RM20.00 (Kini RM15)

Harga untuk 2 peket : Rm28.00


Harga Sekotak : RM300.00 (20 peket)

Harga Istimewa : Rm 250 (20 peket)


SEBELUM PENGGUNAAN BSY NONI BLACK HAIR MAGIC


PROSES CUCIAN RAMBUT

RAMBUT MENJADI HITAM (DALAM MASA 7 MINIT)

******************************************************************************
Sebelum

Selepas

Tuesday, June 16, 2009

NONI dalam Akhbar tempatan










Jenis-jenis penyakit & tindakbalas

Tekanan darah tinggi
Leher merasa tegang, belakang kepala bahagian atas rasa sakit & tegang, sakit kepala (berlaku selama 2-10 hari).

Tekanan darah rendah
Tegang leher bawah, kepala pening memusing.

Buasir
Berak berdarah

Kencing manis
Paras gula meningkat dalam seminggu, tangan & kaki menjadi bengkak sedikit, keadaan akan berkurangan dalam seminggu, keadaan penyakit akan beransur-ansur pulih.

Sakit puan
Cairan putih keluar semakin banyak, haid tidak stabil.

Sakit sendi, sengal, pirai
Sendi rasa sakit, badan jadi panas.

Reumatisme
Bertambah sakit.

Sakit jantung
Merangsang denyutan jantng menjadi cepat, rasa sakit dada, muka menjadi merah selama 2-4 hari, kebas dilengan atas tangan kiri.

Lumpuh
Rasa sakit dibahagian saluran darah yang tersumbat, sakit & pening kepala.

Ulser gaster
Seram sejuk, perut rasa pedih, berlaku cirit-birit @ sembelit.

Asma, penat/lelah
Bertambah tenat selama 2-3 hari, kadangkala muntah, keluar kahak.

Batu karang
Bertambah sakit, air kencing berkapur, kencing berdarah.

Jerawat
Jerawat keluar lebih banyak kerana keracunan yang terkumpul disingkirkan.

Sakit buah pinggang/ginjal
Kerap buang air kecil, sakit dibahagian pinggang, muka, kaki & tangan bengkak sedikit.

Badan berasid tinggi
Selalu berasa mengantuk, badan menjadi panas,rasa dahaga,kerap kentut, air kencing berwarna perang.

Hepatitis A,B & C
Tanda-tabda akan terus berkurangan, semangat pulih kembali, semakin berselera.

Neurosis (sakit jiwa ringan)
Senang tidur selepas 2 minggu, rasa segar selepas bangun tidur, perasaan tenang.

Insomnia (sukar tidur malam)
Di peringkat awal sakit/tegang kepala.

Resdung
Hidung menjadi semakin sebu selama 3-7 hari. berkesan selepas 2 minggu, badan agak panas.

Anemia (kurang darah)
Keluar darah dari hidung, pening kepala.

Mandul
Keluar banyak darah haid berwarna hitam, sperma lelaki bertambah.

Psoriasis
Keluar lebih banyak.

Kaki busuk (hongkong foot)
Demam, mula berkesan selepas 1-2 bulan.

Sawan (penyakit tarik)
Menjadi bertambah teruk.

Kulit sensitif
Tidak balas menjadi semakin teruk selama seminggu.

Kulit pecah-pecah & berair bisa
Keluar air bisa, (nanah, darah kotor yang berbau busuk).

Luka dalaman
Sengal & sakit bahagian yang luka, rasa panas di bahagian yang sakit. kadang-kadang kencing berdarah & berwarna perang.

Selepas pembedahan
Rasa sakit dibahagian yang dibedah.

Meroyan (selepas bersalin)
Mengantuk, badan rasa sakit, darah nifas keluar habis-habisan.

Selsema
Bersin & hingus akan bertambah.

Sembelit
Sakit ketika buang air besar.

Gastrik
Seram sejuk, perut pedih, beraku cirit-birit @ sembelit.

Gout
Sendi menjadi sakit & terasa panas.

Sakit kuning
Badan lebih panas, meloya, air kwncing berwarna keruh

Tuesday, June 2, 2009

Keajaiban Buah Mengkudu /Noni

Bijinya digunakan sebagai julap Tidak banyak kegunaan pokok mengkudu kepada masyarakat negara ini melainkan daun dan buahnya yang kadangkala digunakan sebagai ulam dan kerabu. Dalam beberapa ketika pula daun mengkudu dijadikan bahan ubatan traditional sebagai meniru amalan perubatan masyarakat dahulu kala. Mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Khasiat buah mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta urat saraf. Demikian menurut pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat. Dikalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap.Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. "Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit." Sementara itu menurut Dr. Ilham; penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan. Batang mengkudu pula boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. "Khasiatnya yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali.." Dr. Ilham. Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean, mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina pula percaya buah mengkudu bertindak membersihkan usus terutamanya menghindari perut dari parasit.

Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. "Masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii" "Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan." "Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin, manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam" kata Dr. Ilham. Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak 1993.

Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan kesihatan. Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional terutamanya di Hawaii, amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk kesihatan. "Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan pagi" katanya. Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan seperti tongkat ali dan sebaginya.

Pokok Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulam. Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai makanan selepas bersalin. Seringkali si pemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras dan bila sudah masak, ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai "buah rojak" serta dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak. Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di kepulauan tersebut telah menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka menggelarkannya sebagai "Pain Killer", "Headache Tree" dan "Cheesefruit". Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai Noni.

Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui laut yang dihanyutkan dari satu pulau ke satu pulau. Kepulauan Carribean terutama Tahiti adalah satu kepulauan yang subur dengan tumbuhan mengkudu. Khasiat Buah Mengkudu diantaranya Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit Sakit puan - senggugut, gangguan haid Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda) Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita Meredakan kesakitan (analgesik) Meningkatkan tenaga tubuh badan Mengurangkan stress (tekanan) Anti-oxidant

Cara kerja Fed Noni

Fed-Noni mengandung zat yang disebut PROXERONINE yang merupakan bahan asas dari alkaloid XERONINE. PROXERONINE dalam Fed-Noni diserap oleh tubuh dan diolah menjadi XERONINE dengan menggunakan enzim PROXERONINASE dan SEROTONIN yang ada di dalam tubuh.

XERONINE merupakan alkaloid hidup yang akan diserap oleh sel-sel tubuh. XERONINE mengaktifkan kembali sel-sel yang hampir mati, nutrisi yang kita ambil akan diserap sempurna dan toksik dari sel akan dikeluarkan dari tubuh sehingga sel-sel yang sakit akan disihatkan. Fed-Noni akan menyeimbangkan atau menormalkan kembali fungsi tubuh.

selnormal.jpg


drheinicke.jpg
Dr. Ralph Heinicke
According to Dr. Ralph Heinicke’s research, Xeronine helps to enlarge the pores in the walls of human cells and enable nutrients to enter the cells more easily.

Mengarah pada hasil penelitian Dr. Ralph Heinicke, Xeronine membantu untuk memperbesarkan liang-liang dinding sel tubuh manusia yang memungkinkan nutrien dapat masuk ke dalam tubuh dengan lebih baik.


neilsolomon.jpg"Dari semua hasil kajian saya di John Hopskin, saya tidak pernah menjumpai satu pun ubat yang dapat merawat sebegitu banyak jenis penyakit seperti yang dilakukan oleh noni."
Dr Neil Solomon, M.D., Ph.D, Profesor dari Johns Hopkins Hospital, USA









Berikut adalah Hasil Penelitian dari Dr. Neil Solomon pada tahun 2005 terhadap 27,000 orang responden dengan dibantu oleh 1,500 doktor dan ahli medik.


Penyakit/Masalah Kesihatan
Bilangan Pengguna Noni Bilangan Berkesan (%)
Penyakit barah
847 67
Penyakit jantung
1,058 80
Strok
983 58
Diabetes
(Jenis 1 & Jenis 2)

2,434 83
Afrodiasiak
7,931 91
Kegemukan
1,545 88
Tekanan darah tinggi
2,638 72
Rheumatism
721 80
Sakit
3,785 87
Alergik
851 85
Masalah pencernaan
1,509 89
Masalah pernafasan
2,727 78
Masalah tidur
1,148 72
Gangguan fungsi otak
301 89
Rasa selesa
3,716 79
Penyakit buah pinggang
2,127 66
Tekanan
3,273 71
* Sumber: Dipetik daripada Liquid Island-The Tropical Fruit With 101 Medical Uses. Neil Solomon, M.D.,Ph.D.

Jumlah Kandungan Bioaktif dalam Fed-Noni adalah seperti berikut:

Kandungan BioaktifKebaikan Kepada Tubuh Badan
Metil asetil esterMematikan kuman
MoridonMelancarkan buang air besar
SoranjidiolMelancarkan keluarnya air seni
Analgesik Pereda rasa sakit
SedatifPenenang saraf
DamnakantalMenumpas sel kanser & meningkatkan daya tahan tubuh
Anthraquinone & ScopoletinMengatasi radang & alergi
TerpenesMeremajakan sel-sel tubuh
XeronineMengaktifkan kelenjar tiroid & timus (fungsi kekebalan tubuh)
ProxeronineMenyelaraskan kerja sel dalam tubuh
HipokolestemikMenurunkan kadar kolesterol darah

Antara khasiat noni/mengkudu:

1) Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.

2) Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.

3) Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.

4) Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migrain, sakit ginjal dan buah pinggang.

5) Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.

6) Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.

7) Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
Perhatian!
Buah mengkudu hanya membantu mengurangkan atau meredakan penyakit di atas dan bukannya menjamin menghilangkan penyakit. Ini adalah kerana tiada kajian saintifik ke atas semua penyakit tersebut yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau mana-mana badan di dunia. Perlu diingat, kesannya bergantung kepada tindak-balas badan setiap individu dan lama mana ia telah menghadapi penyakitnya. Jadi, untuk penyakit yang kronik atau sudah lama, ia mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu kesabaran adalah diperlukan dengan terus menggunakannya, insyallah